>

16 Januari 2011

Lagi Isu Logo Halal:Protes nasi lemak ada logo halal asing



AHLI PEWARIS Pulau Pinang menunjukkan bungkusan nasi lemak yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh Jakim ketika berhimpun di Bayan Baru semalam.



GEORGE TOWN – Kira-kira 100 ahli Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) mengadakan demonstrasi sambil memegang bungkusan nasi lemak yang menggunakan logo halal yang bukan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Pewaris, nasi lemak berharga RM1 itu disediakan oleh pengusaha bukan Islam di Bukit Mertajam tetapi menggunakan khidmat penghantar beragama Islam untuk pasaran sekitar Pulau Pinang.
Presidennya, Sabaruddin Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan daripada peniaga nasi lemak di sekitar Bayan Baru, Jalan Tengah, Bayan Lepas, Bukit Jambul dan sekitar pusat bandar sejak beberapa minggu lalu mengenai kegiatan pengusaha terbabit.
“Kami tidak kisah kalau pengusaha itu ada sijil halal Jakim tetapi apa yang meragukan ialah mereka menggunakan logo pengiktirafan antarabangsa,’’ katanya selepas demonstrasi selama sejam di hadapan pintu masuk Balai Polis Bayan Baru di sini semalam.

dinhpa; Umat Islam perlu peka dan dapatkan maklumat dari semasa ke semasa. Kini bukan Islam semakin menjadi-jadi nak buat produk tiruan terutama yang orang Islam keluarkan kerana nak kaut untung. Fikir-fikirkan dan kajilah.......

0 ulasan:

Catat Ulasan