Memuatkan ...

Jumaat, 2009 November 06

SALAM JUMAAT 1-Ingatan Bersama sebagai Muslim Sejati

LIMA GANJARAN MEREKA YANG TAAT SOLAT

“Sesiapa yang sentiasa menunaikan solat akan diberi ganjaran dengan 5 cara iaitu”:
1) Dimurahkan rezekinya.
2) Terlepas drp seksaan kubur.
3) Di hari pembalasan,kiraan amalan dosa dan pahalanya diberatkan sebelah kanan.
4) Melantasi jambatan ke syurga dengan sekelip mata.
5) Terkecuali drp kiraan amalan.
Manakala sesiapa meninggalkan solat akan dikenakan seksaan dengan 14cara iaitu lima seksaan didunia,tiga ketika hendak mati,tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan ketika dibangkitkan semula daripada kubur.

Lima seksaan di dunia ialah:
1) Hidup tidak diberkati dan tidak dimurah rezeki.
2) Tidak ada cahaya keimanan dimukainya.
3) Ganjaran amalan baik dimansuhkan.
4) Permintaan tidak dimakbulkan.
5) Tidak berhak daripada diinagti oleh org alim dalam doanya.

Tiga seksaan ketika hendak mati:
1) Matinya dalam keadaan memalukan.
2) Mati dalam serba kekurangan.
3) Menderita kerana tersangat dahaga sehinggakan air seluruh lautan tidak dapat menghilangkannya.

Tiga seksaan dalam kubur:
1) Kubur menjadi sempit dan menghimpit tulang dadanya sehingga pecah dan berkecai.
2) Disediakan api dalam kuburnya.
3) Ular dihantar bg menyiksa si mati.bentuk ular sgt dasyat.Matanya seperti bola api ,kukunya diperbuat drp besi yang panjangnya memakan masa sehari untuk sampai ke hujungnya.Suaranya bagaikan halilintar

Jumaat, 2009 Oktober 16

TAZKIRAH PAGI JUMAAT

TAZKIRAH PERTAMA

Dalam perjalanan tadi, sempatlah mendengar radio IKIM.
Biasanya lebih gemar mendengar mp3 yang dah dipasang dalam kereta. Topik yang diketengahkan dan dibincang agak menarik minat,maka terus je lah dengar radio IKIM tu.

TAKABBUR atau TAKBUR
.............itulah topiknya.
DJ bertugas bersama En.Nik Muskiman sebagai pemula topik.
Tegas En.Nik bahawa takbur ni, adalah sifat sombong@merasa diri lebih dari orang lain.
Sifat ini adalah selayaknya hanya pada Allah Ta'ala sahaja sebagai yang Maha Berkuasa.
Pelopor sifat ini adalah  si syaitan tika mana diperintahkan oleh Allah untuk sujud kepada Nabi Adam as.
Maka,ia enggan sebab merasakan dirinya lebih mulia dari Nabi Adam.
Ruangan pendapat dan pandangan dibuka kepada pendengar.
Pendengar dialu-alukan mendail 03-6204 6204.

Pemanggil pertama....
Antara contoh takbur adalah dia merasakan hanya dia sahaja yang layak memerintah dan membuat pembangunan. Seandainya ada orang lain memerintah tidak akan mampu melakukan sebagaimana yang dilakukannya. ini termasuk dalam kategori takbur + riak juga.

Pemanggil kedua......
Seseorang itu, merasakan bahawa ia dicipta lebih baik daripada orang lain.

Pemanggil ketiga...
Pendapatnya,takbur ni lebih kepada ke'aku'an. Dia je yang betulnya dan orang lain sentiasa dalam kesalahan.
Orang lain taknak. "Mungkin macam 1Malaysia kot'.
Sepatutnya ke'kita'an, maksudnya ada rasa kebersamaan dan saling merendah diri.

Pemanggil keempat.....
Orang yang sombong termasuk juga orang yang ingkar perintah Allah.
Sekalipun satu perintah dilanggar termasuk takbur sebab ada sifat nak melawan Allah Ta'ala.
Contoh , wanita yang mendedahkan aurat, orang yang meninggalkan solat
(mengerjakan bila agak-agak perlu je), bergaul bebas lelaki dan perempuan
(termasuk membolehkan bersalaman dengan wanita asing(ajnabi)) dan lain-lain lagi.

*dan beberapa pandangan  pemanggil lagi.....

Kesimpulannya, takbur ini adalah penyakit hati.
Bila penyakit mesti ada ubatnya, maka diperdengarkan lagu dendangan Opick...

UBAT HATI ada 5 perkara;
1-membaca Al-Qur'an dan memahami isinya.
2-amalkan solat malam (qiamullail)
3-mendampingi orang-orang soleh.
(tapi rialiti sekarang, orang soleh bukan nak didampingi malah dimaki,disisih dan disindir.
Memang orang sekarang ramai yang berpenyakit hati).
4-amalkan puasa sunat.
5-sentiasa mengingati Allah (berzikrullah)

*Tips berguna, lakukan setiap hari dan setiap kali bertemu sesiapa pun mulakan dengan memberi salam. Ingat! Kita yang mulakan memberi salam. Ini adalah bagi melenturkan hati yang keras dan rasa takbur agar menjadi lembut dan merendah diri. Tak kira kita ni siapa, lebih tua ke...lebih berpangkat ke....
Wallahu a'lam.


TAZKIRAH KE-2

1.. Song....

Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir.... . bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?



2. ....Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana. .di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .....



3. ....Smoke... .

Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana- mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret....( aku tengok dari filem P Ramlee )....Syabas yahudi...berjaya lagi kamu....



4. ....Sport...

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. ..Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. .yang menonton pun tak sembahyang juga ...... Kalau menonton dirumah...akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL....


Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan..sembahyang boleh tangguh...Mashaalla h,..



5. .. Fun..

Hiburan...dimana- mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..


termasuklah majalah MANGGA...yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....



6.... Female...

Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta....


dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi...apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. . kalau iklan Modess...perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi.....



7...Fashion. ...

Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ..Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut di warnakan... sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....



8. .. Food..Makanan. .

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .Bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ...rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi...tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....Yahudi makan Islam lagi...


Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan ALLAH....... .... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......

Tazkirah kedua dari;
http://artisglamer.blogspot.com/2007/09/protokol-ke-10-yahudi-mengandungi-8.html

Khamis, 2009 Oktober 15


Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya.

Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.

Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 150 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.

Khamis, 2009 Oktober 08

POLITIK PASCA BAGAN PINANG

Detik-detik PRK Bagan Pinang semakin hampir.
Berbagai situasi yang berlaku.
Tetapi kejadian malam tadi yang amat-amat tidak diinginkan.
Nak tanya, penyokong dari parti yang membelasah tu Islam tak?
Yang diserang tu pula terang-terang memang saudara se-Islam kita?
Apakah gara-gara berlainan parti nak "bermusuhan" padahal sama-sama Islam??
Tu kat Palestin tu, klau nak tunjuk hero, pi lawan Israel si laknat tu.

Apa yang nak tunjuk ganas sangat ni?
Ni nak kata ni, bukan atas parti mana-mana, perangai ganas macam ni bukan budaya orang Malaysia.
Entah-entah yang menyerang tu orang PATI kot????

Rabu, 2009 Oktober 07

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA IPD SEPANG

Hari ini 07/10/2009 hari Rabu, berlangsungnya majlis ini. Bermula jam 12.30 tengahari tadi.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan bacaan doa oleh BAKA.
Doanya adalah seperti di bawah ini;



Andaian seperti biasa majlis-majlis di IPD ini, akan adanya karaoke dan 'band'
memang terserlah disebabkan adanya pekakas alat-alat muzik di atas pentas.

Laungan azan berkumandang menandakan masuknya solat zohor.
Tidak lama kemudian selepas solat sunat, iqamah dilaungkan
dan solat fardhu zohor akan bermula secara berjemaah.

Selesai solat berjemaah, masih ada yang mengerjakan solat mungkin lewat disebabkan jamuan bermula dalam 10 minit sebelum azan zohor. Tetapi yang amat menyedihkan dan amat terkilan, majlis ni diadakan di sebelah surau, baru selesai solat berjemaah, karaoke dimulakan semula yang
sememangnya telah "terpekik terlolong" sebelum azan zohor tadi.

Apakan daya, kami dah tegur, dan tengok je lah dalam doa tu, kami dah selitkan sindiran,
tu pun tak faham juga. Apa pun kami tak nikmati 'secalit' juadah jamuan pun.
Kami lebih rela makan di restoran luar daripada kami makan 
bersama mereka ibarat bersetuju dengan tindakan  mereka.

Di mana solat mereka yang ramai-ramai yang hadir tu.Macamana nak jaga ketenteraman awam, "dalaman" diri masing-masing pun tak nak jaga?!!!
Semoga akan timbul kesedaran di kalangan mereka..............

Blog Widget by LinkWithin
Loading...
Loading...

free counter

  © Perjuangan Ini Menuntut Pengorbanan Spain by dinn9.blogspot.com 2009-1430

Back to TOP