Jumaat, 1/11/2019
Selepas solat fardhu subuh dan jalan-jalan sekitar Masjid Nabawi, kami kembali ke ruang makan hotel untuk bersarapan.
Selesai sarapan dalam jam 7:15 pagi -
pengurus Rayhar, Ustaz Hadi meminta jemaah Umrah berkumpul di lobi hotel untuk sesi lawatan dan ziarah ke Masjid Nabawi dan tempat MAKAM NABI (S.A.W.) / ABU BAKAR (R.A) / OMAR (R.A) /RAUDHAH & PERKUBURAN BAQI'
Selepas solat fardhu subuh dan jalan-jalan sekitar Masjid Nabawi, kami kembali ke ruang makan hotel untuk bersarapan.
Selesai sarapan dalam jam 7:15 pagi -
pengurus Rayhar, Ustaz Hadi meminta jemaah Umrah berkumpul di lobi hotel untuk sesi lawatan dan ziarah ke Masjid Nabawi dan tempat MAKAM NABI (S.A.W.) / ABU BAKAR (R.A) / OMAR (R.A) /RAUDHAH & PERKUBURAN BAQI'
Perkuburan makam syuhada Baqi'
Di Perkuburan
Baqi’ ini menempatkan 10,000 jenazah termasuk para Ahlul Bait iaitu
isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah saw, para sahabat dan para
tabien. Perkuburan ini tidak pernah sunyi daripada dikunjungi oleh para
pengunjung yang melaksanakan ibadah umrah. Rata-rata mereka ingin
menikmati rasa cinta kepada para sahabat dan tabien yang telah banyak
berkorban kepada perkembangan Islam. Berkenaan dengan kelebihan
perkuburan Baqi’, Rasulullah saw pernah bersabda,
“Aku
adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan),
kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang
akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga
penuh di antara dua Masjidil Haram”.
Sejarah Perkuburan Baqi’
Perkuburan
Baqi’ terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah. Di satu sudut di
Masjid Nabawi terdapatnya kubur junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw,
Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Perkuburan Baqi’ juga dikenali
dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Perkuburan Baqi’ juga mempunyai gelaran lain iaitu Baqi’ul Qarqad atau Taman Qarqad.
Gelaran Baqi’ul Qarqad diberikan
kepada perkuburan Baqi kerana sebelum tanah tersebut digunakan sebagai
wakaf perkuburan Baqi’, tanah tersebut telah dipenuhi dengan pohon
Qarqad. Pohon Qarqad adalah sejenis pohon renek yang berduri. Ia mampu
hidup subur di iklim sederhana dan subtropika. Kepada yang tidak
mengetahui apakah itu pohon Qarqad ini, Rasulullah saw pernah bersabda,
“Tidaklah
akan berlakunya kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi
sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu,
lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang
Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon Qarqad, kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi”
Jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ adalah seorang sahabat Rasulullah saw daripada golongan Ansar iaitu Asa’ad bin Zararah.
Oleh yang demikian, Asa’ad bin Zararah tercatat sebagai sahabat
Rasulullah saw pertama yang disemadi di Perkuburan Baqi daripada
golongan Ansar. Manakala, jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan
Baqi’ daripada golongan Muhajirrin adalah Uthman bin Mahzun. Ahlul Bait pertama disemadikan di perkuburan mulia ini adalah anak perempuan Rasulullah saw, Ruqayyah bin Muhammad saw.
Ustaz Hadi, ustaz pembimbing Rayhar di Madinah memberikan taklimat dan penerangan ziarah sekitar Masjid Nabawi & pemakaman Baqi'.
Selesai ziarah ini, aktiviti sendiri dan bersiap-siap untuk menunaikan solat fardhu Jumaat.
Sebelah petang sesi aktiviti sendiri.
Kami sebilik, meronda kawasan sekitar dan menuju ke pasar kurma tidak jauh dari penginapan hotel.
Dapatlah juga sedikit sebanyak 'melontar' di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan