Artikel Asal ; LALAH RIVER GOAT FARM [LRGF]
LAWATAN DARI IMAM MUDA
Assalamualaikum tuan puan pembaca.
Semalam LRGF telah menerima kunjungan dari En Syafrudin sekeluarga.
Minggu lepas dah buat appointment. Pukul 7am saya mesej nak double check
jadi ke datang. Dia response "Insya Allah, jadi...Menanti masa je ni
pukul 11am". Hahaha semangat betul.
Background sikit pasal En Syafrudin ni. Beliau sekarang bekerja makan
gaji (tak salah semalam katanya tengah bekerja 3 tempat). Sekarang
tengah mengajar sekolah agama di Seremban dan pada masa sama Imam muda
juga rupanya. Pernah dulu kerja bawah polis kut di bhgn keagamaan tapi
tak ngam. Duduk ofis je.
Kebosanan makan gaji dah terasa. Nekad nak menjadi penternak, walaupun
kurang mendapat sokongan dan semangat. Sangat berminat nak menceburi
dunia ternakan. Telahpun menghadiri kursus MJ Fatonah. Antara unggas
atau kambing....tuan imam pilih kambing. Sekarang ni tengah proses
menimba ilmu dan membuat sesi lawatan kandang ke kandang.
"Dah pegi ke melawat kandang Prof. Alwi? Itu satu tempat yang MESTI pegi." saya kata.
"Dah call dia. Tuan Alwi suruh datang sini" kata imam muda.
(Hahahaha .... prof, main tai chi ye. Tapi terima kasih kerana merekomenkan LRGF prof)
Imam muda kita datang sekeluarga. Kambing kambing belum dilepaskan lagi untuk meragut.
Keluarga En Syafrudin dengan maskot LRGF - Brownie |
Lepas dah tour dalam kandang, sesi soal menyoal, anak anak imam muda
berlari sakan kejar kejar anak kambing, bermanja manja dengan brownie,
masa untuk lepaskan kambing meragut dah tiba.
Menurut imam muda, sebagai pelawat, dapat rasa kelainan melihat sendiri
situasi kambing yang makan tanggung dan kambing yang dilepaskan meragut.
Lagi seronok tengok kambing bebas. Nampak ringan bebannya dan tenang
sungguh rasanya. Menambahkan lagi keseronokan imam muda nak ternak
kambing.
Tetapi 'highlight' visit sebenarnya ialah anak anak imam muda ni. Memang
kelakar dan seronok menengok telatah mereka. Habis satu LRGF mereka
terjah. Nasib baik tak mintak nak terjun kat Sungai Lalah. Yang kena
layan mereka ialah Atuk (Pak Es).
'Atuk ni pokok apa?'
'Kambing kencing...bole pijak tak?
'Apesal kambing ni buta?'
'Yang ni ape? (sambil tunjuk mineral block)
'Bole tak masuk kandang ni?'
'Atuk .. lepas kambing pegi makan, pegi mana pulak?'
'Malam malam kambing buat ape pulak?'
Masa kambing tengah meragut dalam kawasan LRGF, anak anak ni pegi kumpul
dan petik daun durian dan bagi kambing makan. Time nak keluar
mengembala kat dusun jiran, mereka yang kehadapan sekali dengan atuk.
"Mat jangan masuk, dah dah....banyak nyamuk" pekik ayahnya.
"Tak de nyamuk. satu je" (sambil menepuk nepuk dahi dan tangan kena attack dengan nyamuk).
Sememangnya bermain dengan kambing kambing ni meriang riakan hati kanak
kanak. Senang lah jugak imam muda kita bila nak ternak nanti, assistant
ada 2 orang.
Yang paling terharu bila nak balik. Abangnye muka monyok aje. Sedih.
Melambai dalam kereta sampai melinang airmata. Tak nak balik. Tak nak
tinggalkan kambing. Nak main lagi dengan kambing. Pujuklah si atuk (pak
es) suruh datang balik lain kali.
Terima kasih kerana sudi melawat LRGF. Maaf sekiranya ada terkurang atau
terkasar. Diharap lawatan ini membakar lagi semangat imam muda menjadi
penternak yang berjaya Insya Allah.
Mbekk!!
P/S:Pagi ni dapat mesej dari imam muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan