Ahad, 17 November 2019

Tiba Di Makkah & Menyempurnakan Ibadah Umrah

-Ahad, 3/11/2019
-Kota Makkah
-Jam 4:00 petang

Setelah 8 jam perjalanan dari Madinah, kami jemaah Rayhar tiba di Kota Makkah. Sewaktu ini, perlu mengambil masa untuk bas masuk ke laluan hotel kerana memberi laluan kepada jemaah yang menunaikan solat fardhu Asar di Masjidil Haram bersurai. Jemaah yang keluar begitu ramai sehingga keadaan reda barulah bas dibenarkan masuk.

 Selanjutnya di sini.

Kami naik ke penginapan Hotel Abdul Aziz Huait  dan meletakkan barang-barang. Kami terus diajak turun ke dewan makan untuk menikmati makan malam.
Selepas itu, disaran berehat dan melaksanakan solat Maghrib & Isyak di bilik hotel masing-masing. Ini bagi memudahkan urusan kerana jemaah ramai yang masih belum biasa dengan situasi di sini.
Selesai solat Isyak, dalam jam 8:30 malam kami semua bergerak ke Masjidil Haram dibimbing Mutawif iaitu Ustaz Shariff bagi menyempurnakan rukun Umrah yang masih berbaki iaitu Tawaf, Saie, Tahallul dan tertib daripada 5 rukun kesemuanya.





Dalam jam 12:00 malam kami selesai bertahallul/bercukur.
Dengan itu, sempurna selesailah Umrah wajib yang pertama kalinya.

Kami menikmati udara luar hotel sambil makan ais krim yang sering diperkatakan sejak berada di tanah air.

Pakat cukur semuanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Pengijazahan Darussyifa' Malaysia | Bandar Baru Bangi -Sabtu, 11 Januari 2020 Imam1 - Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng Ampangan Petugas | Guru Agama Umrah RAYHAR #htmlcaption2 Stay Connected

JAM SOLAT DIGITAL

JAM SOLAT DIGITAL
Berminat & masih tercari-cari, hubungi saya; 01120912912
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAKEJ UMRAH RAYHAR TRAVEL

PAKEJ UMRAH RAYHAR TRAVEL
Jom Bersama Rayhar