Kursus Ternakan Ruminan di MJ Fatonah

Ahad, 17 November 2019

Ziarah Sunat Wada (Selamat Tinggal)

-Ahad, 3/11/2019
-Masjid Nabawi, Madinah
-jam 6:45 pagi

Ziarah Wada (selamat tinggal) adalah ziarah sunat.
Ziarah dilakukan sebagai tanda penghormatan dan tanda kasih kepada baginda SAW dengan hasrat bahawa akan hadir lagi di masa akan datang.
Sebahagian jemaah bersama Ustaz Hadi melaksanakan Ziarah Wada. Sebahagian yang lain telah melaksanakannya secara sendirian.

Nota:

Manakala hendak meninggalkan Madinah kerana hendak pulang ke tanah air atau hendak ke Makkah, ziarahi makam baginda untuk ziarah wada’ (selamat tinggal). Pergilah ke masjid Rasulallah SAW solat sunat, berdoa, pergilah ke makam Rasulallah SAW (kalau boleh), beri salam dan akhirnya mengadap qiblat dan berdoa. Kemudian pohonlah syafaat nabi kepada Allah SWT.

(Nota : Bagi wanita yang datang haid atau nifas, untuk melakukan ziarah wada’ adalah memadai dengan mengucapkan salam dan berdoa dari tempat yang berhampiran makam Rasulallah SAW di luar Masjid Nabawi.)





Selanjutnya di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...