Isnin, 18 November 2019

PERJALANAN BAS KE JEDDAH

-Ahad,10/11/2019

Pemandangan kawasan dalam perjalanan. Kami berehat di Masjid Qisas, Jeddah dan laksanakan solat jamak taqdim maghrib dan Isyak.

Antara yang menarik disini adalah sejarah sebuah Masjid Qisas.
.
Secara asasnya ia sama seperti masjid lain menjadi tempat solat. Tetapi yang membezakannya adalah perkarangan masjid ini dijadikan tempat memancung orang yang dikenakan hukum hudud.
.
Disitu didirikan sebuah bangsal yang digunakan sebagai tempat hukuman pancung bagi jenayah melibatkan kematian.
.
Nama sebenar masjid ini Masjid Syeikh Ibrahim Al-Juffali, orang kaya Saudi yang membinanya. Ia terletak di Jeddah kawasan Ballad. Letaknya di tengah jalan besar antara Baghdadiyah, Jalan Syeikh Al Juffali dengan Jalan Madinah.
.
Bangsal pancung terletak di tepi masjid. Jika tiada hukuman pancung dijalankan ia menjadi tempat rehat dan santai pemandu teksi dan pemandu peribadi.







Selanjutnya di sini.


HARI TERAKHIR PAKEJ INI

Ahad, 10/11/2019

Sebelah pagi setelah mengemas beg pakaian dan segala isinya hasil 'lontaran' saya turun melihat suasana luar.
Melihat group Rayhar MH3/11/2019 yang akan bergerak ke Madinah pagi itu.
Baru turun, jumpa pula sahabat semasa belajar di Pondok Pasir Tumboh, Ab Tirmizi Ballazi yang baru sampai di Makkah. Silih berganti nampaknya kita.

Selepas solat zohor, saya melaksanakan sepenuhnya Tawaf Wada (wajib). Jemaah laksanakan masing-masing, ada yang laksanakan sebelum zohor sebahagiannya.

Saat-saat sayu nak berpisah dengan bumi Makkah buat masa ini yang pertama jejaknya ke sini.



Selanjutnya di sini.

Misi Terakhir Jadual Kali Ini

MASJIDIL HARAM
Jadual Bebas (sendiri)

-Sabtu, 9/11/2019
-Misi bersama Ab Zulkifli Mohd Noor

Peluang di hari-hari terakhir dalam pakej, kami banyak luangkan masa di Masjidil Haram. Selesaikan baki-baki yang belum terlaksana. Alhamdulillah, lain cabarannya pula.

Moga peluang terbaik ini, dapat dimanfaat sebaik mungkin.






Selanjutnya di sini.

JAM SOLAT DIGITAL

JAM SOLAT DIGITAL
Berminat & masih tercari-cari, hubungi saya; 01120912912

PAKEJ UMRAH RAYHAR TRAVEL

PAKEJ UMRAH RAYHAR TRAVEL
Jom Bersama Rayhar

Subscribe Us

Majlis Pengijazahan Darussyifa' Malaysia | Bandar Baru Bangi -Sabtu, 11 Januari 2020 Imam1 - Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng Ampangan Petugas | Guru Agama Umrah RAYHAR #htmlcaption2 Stay Connected